Disebabkan pengaruh sebaya, maka wujudlah keputusan yang selitan terbaru ini akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Namun begitu, kepanasan bilik yang meruntuhkan semangat serta kekurangan tunjang ilham falsafah mengakibatkan kekosongan minda. Oleh demikian, terpaksalah saya memendekkan selitan ini.
Seperti yang dikatakan, kekurangan inspirasi (punca daripada kukurangan oksigen dalam otak berserta jurang masa yang pendek antara selitan terakhir dengan yang terbaru) merupakan masalah besar apabila anda ingin mengecapi keindahan bahasa dalam penulisan yang bermakna. Walaupun bukan secara keseluruhan, saya masih dianggap salah satu peneraju masa depan di menara gading. Biasanya alasan tersebut tidak akan diterima untuk insan yang membawa gelaran "mahasiswa" seperti saya. Sekiranya didapati, besar kemungkinannya saya akan dipaksa mengambil subjek BM sekali lagi. Inilah yang dikatakan "dukacita".
Namun demikian, saya tetap ingin meneruskan selitan kali ini. Walaupun saya tidak mempunyai semangat patriotisme yang kuat, kacang tetap tidak boleh melupakan kulit. Tanah airku tetap Malaysia. Atas alasan demikian, wujudlah teraju hati yang diterima dengan terbuka dimana saya patut mengulang-kaji kefasihan bahasa negaraku.
Sepertimana yang dikatakan di pendahuluan, delitan terkini akan "dipendekkan". Definisi tersebut bermakna saya akan menurunkan noktah di sini. Kesulitan pengarang (saya) yang wujud tetap tidak dapat dibias dalam masa yang pendek. Sekian akhir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment